Saturday, 10 December 2011

Takziah kepada keluarga mendiang Dr. Muniandy a/l Kalimuthu, Naib Pengerusi MAPIM Bahagian Sandakan yang meninggal dunia pada 8hb Disember 2011 di Kuala Lumpur akibat serangan sakit jantung.

Dalam kenangan








10/12/2011: InsyaAllah di tahun 2012 ini MAPIM Bhg. Sandakan dapat mengadakan program2 yang melibatkan ibubapa dan remaja. Semoga kejayaan kekeluargaan dapat dicapai dengan jayanya didunia dan juga di akhirat.

InsyaAllah di tahun 2012 ini MAPIM Bhg. Sandakan dapat mengadakan program2 yang melibatkan ibubapa dan remaja. Semoga kejayaan kekeluargaan dapat dicapai dengan jayanya didunia dan juga akhirat.

152,182 orang anak dilahirkan diluar pernikahan 2008-2010


KUALA LUMPUR 15 Nov. - Bilangan anak luar nikah atau anak tidak sah taraf bagi tahun 2008 sehingga 2010 berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ialah seramai 152,182 orang.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie berkata, selain itu statistik turut menunjukkan Sabah merupakan negeri paling tinggi mencatatkan kelahiran anak luar nikah iaitu 41,490 orang diikuti Selangor (18,983 orang), Sarawak (17,570 orang), Johor (16,298 orang) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,095 orang).

Ujarnya, antara punca timbulnya gejala tersebut disebabkan beberapa faktor antaranya menonton video dan laman web lucah, kurang didikan agama, ingin mencuba, pengaruh rakan sebaya dan rela melakukan hubungan seks.
"Faktor-faktor lain ialah tidak mempunyai pengetahuan berhubung kesihatan repoduktif dan seksual, kurangnya perhatian ibu bapa serta diperkosa saudara sendiri dan kesemua faktor ini adalah hasil daripada kerja kes yang dijalankan oleh pihak Pegawai Kebajikan Masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd. Jidin Shafee (BN-Setiu) dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat , hari ini.

Seai Kie berkata, ekoran berlakunya masalah tersebut, pihak kementerian telah memberi perhatian serius bagi menanganinya dengan mengambil langkah-langkah tertentu.

Pertama, beliau berkata, kementerian telah menggubal Dasar dan Pelan Tindakan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan pada tahun 2009 yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dalam kalangan masyarakat, terutama ibu bapa kesan negatif terhadap perlakuan seksual luar nikah.

"Pihak kementerian juga telah melancarkan kempen Kami Prihatin dengan kerjasama akhbarUtusan Malaysia, Persatuan Karyawan dan Astro Holdings Sdn. Bhd. pada April 2010. Kempen ini dijalankan secara berterusan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat, termasuk pelajar institusi pengajian tinggi bersama-sama menangani anak luar nikah," katanya.

Beliau berkata, kementerian juga telah menubuhkan enam pusat remaja kafe@TEEN yang menyasarkan golongan muda berumur antara 13 hingga 24 tahun.

"Pusat remaja ini akan memberi maklumat berkaitan dengan isu-isu psikososial, termasuk menyediakan khidmat kaunseling, khidmat klinikal dan kemahiran hidup, perhubungan antara jantina dan tingkah laku berisiko termasuk perlakuan seksual sebelum nikah.

"Melalui program outreach kafe@TEEN di sekolah dan pusat komuniti kita telah berjaya mendekati 257,147 remaja melalui 4,698 program bermula November 2005 sehingga September 2011," katanya.

Beliau berkata, kementerian juga menyediakan perkhidmatan Talian Nur 15999 bagi membantu mereka yang mengandung luar nikah mendapatkan khidmat kaunseling termasuk mendapatkan perlindungan.

Menjawab soalan tambahan apabila ditanya mengenai tindakan terhadap mereka yang mengandung anak luar nikah, Seai Kie berkata, tiada tindakan terhadap ibu yang bukan beragama Islam, tetapi bagi ibu beragama Islam mereka tertakluk kepada peruntukan kesalahan jenayah syariah.

"Sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak lebih RM5,000, dipenjara tiga tahun. Untuk ibu di bawah 16 tahun mereka tertakluk di bawah peruntukan 376 Kanun Keseksaan iaitu jenayah rogol. Ini disebabkan mereka masih di bawah umur.
"Bagi mereka yang lebih 18 tahun dan sabit kesalahan merogol gadis di bawah umur boleh dihukum penjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan," ujarnya.

sumber: Utusan Online
http://kdymmtuankusultan.kedah.gov.my/index.php?id=2&sub=1

28/11/2011 : Anugerah MAPIM Daerah Aktif 2011

MAPIM Bahagian Sandakan dianugerahkan
MAPIM Daerah Aktif 2011
Peringkat Kebangsaan 2011.