Sunday 6 April 2014

27.03.2014: Majlis Kesyukuran Sempena Ulangtahun Ke-3 MAPIM Bhg. Sandakan ditubuhkan. Lokasi: Di Rumah Tuan Haji Otoh Sibik (Pengerusi MAPIM Bhg. Sandakan) di Taman Fajar Perdana.)

Objektif majlis ialah merayakan ulangtahun Ke-3 penubuhan  MAPIM Bhg Sandakan yang telah ditubuhkan pada 26.3.2011, bacaan Surah Yasin khusus kepada penumpang,anak2 kapal dan kapten kapal terbang serta pembantu pilot MH370 agar diberikan pencerahan oleh Allah S.W.T. Bacaan tahlil untuk arwah para muslimin muslimat yang telah meninggal dunia. Doa selamat dan kesyukuran juga untuk ahli-ahli MAPIM yang merayakan ulangtahun kelahiran (Jan,Feb dan Mac). Dan akhir sekali untuk mengeratkan siratul rahim dikalangan ahli-ahli MAPIM Bhg. Sandakan.

Pengisian majlis:
1.Ucapan Pengerusi MAPIM Bhg. Sandakan 
2.Majlis dipimpin oleh Ustaz Joehan Chow dgn dimulai dengan pembacaan Surah Yasin.
3.Bacaan tahlil dipimpin oleh Ustaz Mohamad Sufan
4.Doa tahlil Ustaz Joehan Chow
5.Bacaan Doa kesyukuran dan Doa selamat oleh Ustaz Sabari.6.Berselawat ke atas Junjungan Nabi Rasulullah S.A.W.7.Majlis makan malam.










No comments:

Post a Comment